Kelebihan Belajar Bahasa Arab






بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم 

          Suka saya memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia akan menjadi peniup semaagat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk menpelajarinya perlahan-lahan . 

           Ketahuilah, bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai   puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof.  Oleh kerana peri pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua ilmu ini .

           Antaranya Imam Ibn al Wardi berkata di dalam Lamiahnya; 
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''

           Berkata Imam al Baihaqi,  dari Syu'bah bahawa beliau berkata ;
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''



          Dari Abi al Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
'' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''

             Dari Ibnu Mubarak, katanya  
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''
             Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
'' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab.  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''    

             Telah berkata Ibnu al Solah;
''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan  yang mempunyai lahan (yang telor)''



             Dari Abi Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi, 

(( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka sesungguhnya dia telah menyediakan  kerusinya di dalam neraka ))

Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith lalu dia berlahan , maka  dia telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''



                Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;

wahai sahabatku, jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam susana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,

maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,

sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,

dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit  yang pasti  amat tinggi nilainya.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين  

Menguap Dalam Solat




"Nabi SAW melarang menguap dalam solat dan baginda bersabda: Hendaklah ia menahan dengan tangannya pada mulutnya kerana syaitan mentertawakannya."
(HR. Al-Hakim, At-Tirmidzi)

Diceritakan kepada kami oleh Harun bin Hatim Al-Kufi, diceritakan kepada kami oleh Idris, dari Ajlaan, dari Abi Haaziim, dari Sahl bin Sa'ad, ia berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seseorang dari kamu menguap dalam solatnya, hendaklah ia mengucapkan : Subhanallah."

Ia disuruh mengucapkan tasbih (Subhanallah) dan tidak disuruh mengucapkan tahlil, takbir dan tahmid. Ini adalah kerana awal kata ini adalah "Siin" dari perkataan "Subhanallah". Apabila engkau mengucapkan dan engkau rapatkan kedua bibirmu, kalah syaitan dan lenyaplah kekuasaannya.

Apabila engkau bertahlil atau bertakbir atau bertahmid, maka awal katanya terbuka, iatu "alif dan laam." Jika ia mengucapkan dalam keadaan terbuka, syaitan pun mendapat jalan untuk memasukinya.

Wallahualam.

Kembali Kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW



Firman Allah SWT yang mafhumnya,
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada uli amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Bagaimana Mendapat Hati Yang Tenang Dan Dekat Kepada Allah??



Firman Allah SWT:"Katakanlah: Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
(Surah Al-Kahfi:109)

Begitulah diibaratkan banyaknya ilmu-ilmu untuk kita kaji dan kongsikan bersama.


Imam Malik bin Anas r.a. pernah berkata:

"Yang bernama Ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri." 

Kehebatan Mengerjakan Solat!!



Allah SWT berfirman:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
(Surah al-Ankabut:45)

Ibadah Solat Dari Perspektif Sains Kesihatan.
"Solat itu membuat otak kita sihat." Sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Otak manusia memerlukan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. 

Hasil kaj
ian Dr. Fidelma mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat iaitu ketika bersujud.

Ketika kita sujud, darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan. Semakin lama kita sujud beerti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu sekaligus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.

Hasil penemuan ini, Dr. Fidelma mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

(Dr. Fidelma,
Neurologis Universiti California)

"Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepada mereka di bawah."
(Peter Russell,
Pakar Saintis Barat)
Ini baru dilihat pada bahagian sujud sahaja. Sebenarnya keseluruhan solat mengandungi hikmah penambahbaikan daripada sudut sains.
(Wan Mohd Ruzlan Wan Omar,
Harian Metro)


Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Tidakkkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."
(Surah Al-Hajj:18)
"Betapa ramai orang yang mendirikan solat di barisan yang sama dan saling bersandingan tapi perbezaan antara kedua solat mereka seperti langit dan bumi."
(Ibnul Qayyim)

Umar al-Khattab r.a. waktu menjelang kematiannya akibat terkena tikaman, dengan air mata berlinang dia berkata:
"Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam masalah solat, tidak ada bahagian apa-apa dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."
(HR. Malik dalam al-Muwatha'
dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Muhannaf)



Saudaraku sesama muslim, ketahuilah, belumlah engkau dikatakan memelihara solat kecuali dengan melakukan tiga cara:

1. Menunaikan pada waktunya.
Jika engkau menunda solatmu sehingga waktunya habis, maka Allah tidak menerimanya kecuali kerana uzur. Amal seorang hamba yang akan dihisab pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Barangsiapa yang menjaganya, maka Allah menjaganya pada hari hilangnya pemahaman, tersesatnya akal dan tercengangnya fikiran.

Rasulullah SAW berkata kepada Ibnu Mas'ud r.a. waktu baginda ditanya tentang amal apa yang paling baik? "Solat pada waktunya."

(HR. Bukhari dan Muslim)
2. Melaksanakan dengan berjemaah. 
Tidaklah sempurna solat yang dilakukan tanpa berjemaah kecuali kerana uzur. Ketika azan dikumandangkan di masjid-masjid dan ketika muadzin menyerukan, 'Marilah kita solat, mari kita menuju kepada kebahagiaan', maka kamu pun bangun dari tempat tidurmu dan pergi ke masjid agar zat yang Maha Mengetahui yang ghaib menjagamu.

3. Menunaikan solat dengan benar-benar khusyuk. 
Iaitu waktu imam mebaca ayat Quran kepadamu, kamu seakan hidup bersamanya, menyemak bacaan Quran yang menakjubkan itu. Hendaklah kamu renungkan keadaan manusia pada hari kiamat dan di padang masyar seperti keadaan mereka pada waktu solat.

(Huraian Ibnul Qayyim r.a.)

"Kita berlindung daripada Allah agar hati kita tidak berpaling dalam solat sehingga Allah berpaling daripada kita"
~ Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu ~
InsyaAllah.

Solat Yang Paling Berat!!




Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Pemimpin Neraka!!




Ma'qil Ibn Yasar r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tiadalah seorang hamba yang Allah menyerahkan kepadanya memimpin segolongan rakyat, lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan jalan menuntun dan memimpin mereka kepada kemashlahatan dunia dan akhirat, melainkan tiadalah dia mencium bau syurga".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Penjelasan Hadis:-
Hadis ini memberi pengertian bahawa seseorang yang diserahkan kepadanya urusan rakyat, lalu dia tidak memelihara rakyatnya dengan sempurna dan tidak memperhatikan urusan-urusan rakyat yang membawa mereka kepada kebaikan dan kejayaan, tidak mendapat bau syurga iaitu tidak masuk ke dalam syurga bersama-sama orang yang mula-mula masuk, atau sama sekali tidak dibenarkan masuk ke dalam syurga jika penguasa itu memandang bahawa tindakannya yang demikian itu ialah tindakan yang halal.
(Irsyadul Sarie)

Niat Menjadi Ukuran..




Umar Ibn Khathab r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Wahai segala manusia, bahawasanya segala amal itu dengan niat. Dan bahawasanya bagi seseorang manusia apa yang diniatkan. Barangsiapa melakukan hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadilah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa melakukan hijrahnya kepada dunia yang ingin ia memperolehinya, atau kepada seseorang wanita yang ia ingin mengahwininya, maka menjadilah hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu".
(HR. Bukhari dan Muslim)


Telah disebutkan dalam Kitab Al-Bayan wat-Ta'rif tentang sebab Nabi bersabda tentang hadis di atas,

"Apabila Rasulullah SAW telah bermukim di Madinah, sahabat-sahabatnya telah berhijrah ke sana dan banyak yang mendapat penyakit demam, datanglah seorang lelaki ke Madinah dengan menyatakan bahawa dia berhijrah kerana Allah dan RasulNya.


Sebenarnya dia datang untuk mengahwini seorang perempuan yang ia cintai yang telah terdahulu berhijrah ke Madinah. Wanita itu dipanggil Ummu Qais.


Pada suatu hari Rasulullah SAW naik ke mimbar memberi nasihat kepada umat. Di antara ucapan beliau itu adalah hadis yang kita bahas ini."


Setelah itu para sahabat menggelarkan sahabat mereka ini "muhajir Ummu Qais' ~ seseorang yang berhijrah lantaran Ummu Qais"

Kisah "Muhajir Ummu Qais ini ada diriwayatkan oleh Said Ibnu Mansur dalam Sunannya.


Pengajaran:
Hadis ini memberi pengertian bahawa pendorong dan pembangkit seseorang kepada mengerjakan sesuatu amal, itulah yang menjadi ukuran bagi diterima atau tidak amalan itu. Kerana barangsiapa berbuat sesuatu kebajikan bukan kerana Allah, hanya kepada sesuatu kepentingan keduniaan, maka dia tidak mendapat pahala pada kebajikan yang diperbuat itu.

Dan hadis ini juga memberi pengajaran dan pengertian bahawa apa yang kita niatkan, itulah yang kita peroleh, sedang apa yang kita lakukan tanpa niat, maka kita tidak memperolehi apa-apa dari perbuatan itu.Ringkasnya ikhlaslah yang menjadi ukuran bagi sesuatu amal itu dan ikhlaslah jiwanya dengan amal.
(Fathul Barie)

'innamal a'malu bin-niyati' ~ 'hanyasanya segala amalan itu dengan niat' ~ tidak dipandang adanya sesuatu amal dan tidak dipandang sah melainkan jika disertai dengan niat.

Fakta Tentang Solat Istikharah!!


Diri ini tiba-tiba berada dalam keadaan bingung terhadap masalah yang dihadapi, lalu terbaca sebuah hadis dan mengetahui tentang kelebihan-kelebihan mengerjakan Solat Sunat Istikharah, lalu mengerjakan Solat Sunat Istikharah. Alhamdulillah. Maka disini ingin saya kongsikan hadis dan fakta tentang Solat Sunat Istikharah. Semoga mendapat manfaat bersama.

Jabir bin Abdillah r.a., ia berkata: 
"Rasulullah SAW mengajari kami solat Istikharah 
untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari Surah Al-Quran." Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang diantara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mengatasi persoalanku) dengan Mahakuasa-Mu. Aku memohon kepada-Mu sesuatu dari anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) lebih baik dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya dalam diriku atau-Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - takdirkanlah (tetapkanlah) untukku, mudahkanlah jalannya, kemudian berilah berkah.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui persoalan ini membawa keburukan bagiku dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya kepada diriku, atau Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan (tetapkanlah) kebaikan untukku di mana sahaja kebaikan itu berada, kemudian berikanlah keridhaan-Mu kepadaku.'"
(HR. Bukhari, Abu Dawud,
At-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah)


Keterangan tentang Solat Istikharah

1. Solat Istikharah hukumnya sunat. 

2.Boleh melakukan solat Istikharah pada bila-bila waktu, setelah solat yang wajib atau sebelumnya.
 

3. Boleh membaca Surah apa sahaja selepas Al-Fatihah kerana tidak ada dalil yang menetapkan surah tertentu.
 

4. Tidak ada keterangan bahawa seseorang apabila sudah solat Istikharah akan bermimpi melihat sesuatu,
 atau lapang dadanya. 

5. Yang jelas bahawa Solat Istikharah adalah ibadah, ibadah harus ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah SAW, Istikharah termasuk juga zikir kepada Allah, dan zikir kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang.
 

6. Yang harus kita perhatikan dalam solat Istikharah adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka adalah sebaik-baik manusia yang paling faham tentang maksud Rasulullah SAW.


7. Solat Istikharah cukup dilakukan sekali menurut hajat yang dibutuhkan, adapun berulang sampai tujuh kali tidak ada contohnya,
(Fiqhud Du'aa-Syaikh Mushthafa al-'Adawi
Hadiits Shalaatil Istikharaah Riwaayatan wa Diraayatan
- Dr. 'Ashim 'Abdullah al-Qaryuti)

Untuk anda mengetahui tentang betapa betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita, boleh layari laman web ini iaitu penerangan serba sedikit tentang Solat Sunat Istikharah oleh Dato' Dr. Harun Din yang ditulis oleh Ismail Abu Bakar. Semoga mendapat manfaaat bersama. 


Hati Yang Hitam Atau Bersih??


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya seorang Mukmin bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. Dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan dosa itu ditambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu."
(HR. Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa')

Hati yang hitam atau bersih? 
Mana pilihan anda?
"It's your choice to choose what the best for you 
because your life is your choices

So choose the best choices in your life!!"

InsyaAllah and Good Luck..=)

Aktiviti Panitia Sepanjang Tahun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Warga sk Kuala Kubu Bharu Dua Slideshow: Norazizie07’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Al-Quran

Logo Sekolah