Niat Menjadi Ukuran..




Umar Ibn Khathab r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Wahai segala manusia, bahawasanya segala amal itu dengan niat. Dan bahawasanya bagi seseorang manusia apa yang diniatkan. Barangsiapa melakukan hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadilah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa melakukan hijrahnya kepada dunia yang ingin ia memperolehinya, atau kepada seseorang wanita yang ia ingin mengahwininya, maka menjadilah hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu".
(HR. Bukhari dan Muslim)


Telah disebutkan dalam Kitab Al-Bayan wat-Ta'rif tentang sebab Nabi bersabda tentang hadis di atas,

"Apabila Rasulullah SAW telah bermukim di Madinah, sahabat-sahabatnya telah berhijrah ke sana dan banyak yang mendapat penyakit demam, datanglah seorang lelaki ke Madinah dengan menyatakan bahawa dia berhijrah kerana Allah dan RasulNya.


Sebenarnya dia datang untuk mengahwini seorang perempuan yang ia cintai yang telah terdahulu berhijrah ke Madinah. Wanita itu dipanggil Ummu Qais.


Pada suatu hari Rasulullah SAW naik ke mimbar memberi nasihat kepada umat. Di antara ucapan beliau itu adalah hadis yang kita bahas ini."


Setelah itu para sahabat menggelarkan sahabat mereka ini "muhajir Ummu Qais' ~ seseorang yang berhijrah lantaran Ummu Qais"

Kisah "Muhajir Ummu Qais ini ada diriwayatkan oleh Said Ibnu Mansur dalam Sunannya.


Pengajaran:
Hadis ini memberi pengertian bahawa pendorong dan pembangkit seseorang kepada mengerjakan sesuatu amal, itulah yang menjadi ukuran bagi diterima atau tidak amalan itu. Kerana barangsiapa berbuat sesuatu kebajikan bukan kerana Allah, hanya kepada sesuatu kepentingan keduniaan, maka dia tidak mendapat pahala pada kebajikan yang diperbuat itu.

Dan hadis ini juga memberi pengajaran dan pengertian bahawa apa yang kita niatkan, itulah yang kita peroleh, sedang apa yang kita lakukan tanpa niat, maka kita tidak memperolehi apa-apa dari perbuatan itu.Ringkasnya ikhlaslah yang menjadi ukuran bagi sesuatu amal itu dan ikhlaslah jiwanya dengan amal.
(Fathul Barie)

'innamal a'malu bin-niyati' ~ 'hanyasanya segala amalan itu dengan niat' ~ tidak dipandang adanya sesuatu amal dan tidak dipandang sah melainkan jika disertai dengan niat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aktiviti Panitia Sepanjang Tahun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Warga sk Kuala Kubu Bharu Dua Slideshow: Norazizie07’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Al-Quran

Logo Sekolah