Kelebihan Belajar Bahasa Arab






بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم 

          Suka saya memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia akan menjadi peniup semaagat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk menpelajarinya perlahan-lahan . 

           Ketahuilah, bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai   puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof.  Oleh kerana peri pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua ilmu ini .

           Antaranya Imam Ibn al Wardi berkata di dalam Lamiahnya; 
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''

           Berkata Imam al Baihaqi,  dari Syu'bah bahawa beliau berkata ;
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''



          Dari Abi al Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
'' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''

             Dari Ibnu Mubarak, katanya  
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''
             Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
'' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab.  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''    

             Telah berkata Ibnu al Solah;
''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan  yang mempunyai lahan (yang telor)''



             Dari Abi Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi, 

(( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka sesungguhnya dia telah menyediakan  kerusinya di dalam neraka ))

Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith lalu dia berlahan , maka  dia telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''



                Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;

wahai sahabatku, jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam susana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,

maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,

sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,

dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit  yang pasti  amat tinggi nilainya.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aktiviti Panitia Sepanjang Tahun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Warga sk Kuala Kubu Bharu Dua Slideshow: Norazizie07’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Al-Quran

Logo Sekolah